BEIRUT 21 Dis. - Menteri Luar Iran berkata, pihaknya akan menjalankan perbicaraan dalam tempoh terdekat ke atas tiga pengembara warganegara Amerika yang melintasi sempadan negara itu dari Iraq hampir lima bulan lalu.
Bagaimanapun, Manouchehr Mottaki enggan memaklumkan apakah tuduhan yang dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka, selain hanya mendakwa, mereka telah memasuki Iran secara `haram’ sehingga menimbulkan keraguan.
Mottaki berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Beirut hari ini.
Beliau berkata, pihak berkuasa kehakiman kini sedang meneliti kes tersebut dan hukuman akan dikenakan dalam tempoh terdekat. - AP
No comments:
Post a Comment