KUALA LUMPUR 9 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi pencegahan rasuah antarabangsa dalam mempelajari teknik latihan terkini mereka dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Samarajoo Manikam berkata usaha itu dijalankan bagi mengukuhkan kebolehan dan kewibawaan pegawai SPRM dalam menangani kes-kes rasuah yang disiasat.
"Usaha berterusan untuk menangani gejala ini memerlukan komitmen semua pihak dan kerjasama bersama agensi antarabangsa mengadakan kursus latihan dapat mendedahkan pegawai kepada pengajaran teknik terkini dalam usaha membanteras rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menutup South East Asia Financial Crime Prevention and Anti-Corruption Forum di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Menurutnya SPRM akan menggunakan pendekatan konsep pembelajaran berterusan untuk pegawainya dalam siasatan kes-kes SPRM bagi persediaan menghadapi situasi mencabar pada masa akan datang.
"Kita akan berusaha menguatkan kepercayaan orang ramai kepada SPRM untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kewibawaan agensi ini. SPRM pasti berjaya dan orang ramai patut menyokong SPRM sebagai institusi membanteras rasuah,” katanya.
Beliau berkata konsep pembelajaran berterusan itu dibuktikan dengan mengadakan forum tiga hari itu hasil kerjasama bersama International Financial Crime Prevention and Compliance Training (IFCCT).
"Maklum balas yang kita terima daripada peserta menunjukkan mereka mendapat manfaat terbaik mempelajari teknik dan kaedah terbaru mencegah jenayah kewangan seperti “forensic accounting” dalam menyiasat kes rasuah,” katanya.
Seramai 51 pegawai termasuk 39 dari Malaysia serta Timor Leste, Filipina dan Bhutan menyertai forum itu yang bermula Isnin lepas. — BERNAMA
* Selagi ikan bilis (UmnoBN) dan pembangkang (mangsa) yang disiasat dan didakwa...
No comments:
Post a Comment