12 December 2009

Simpang Renggam: Hishammuddin tidak layan tuntutan MIC

SEREMBAN 11 Dis. - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mereka yang dihantar ke Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, adalah kerana perbuatan melanggar undang-undang dan tiada kaitan sama sekali dengan warna kulit.

Oleh hal demikian, katanya, beliau tidak akan melayan permintaan mana-mana pihak supaya kerajaan menutup pusat tahanan berkenaan.

"Mereka yang dihantar ke pusat tahanan itu disebabkan melanggar undang-undang dan tidak ada kena mengena dengan warna kulit, ideologi politik atau agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang ke-89 di sini hari ini.

MIC hari ini meminta kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa ia tidak berkesan dalam memulihkan tahanan sebaliknya menjadi sarang pembiakan penjenayah.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment