SUNGAI PETANI 21 Dis. – Seorang nenek berusia 71 tahun ditemui mati dalam rumahnya di Kampung Lubuk Saga di sini lewat petang ini.
Mangsa, Hasmah Md. Hussien, ditemui di atas katil di ruang tamu rumah dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 6.45 petang.
Kes yang pada awalnya diklasifikasikan mati mengejut itu bagaimanapun kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas pemeriksaan di tempat kejadian mendapati ada kesan pecah rumah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, mangsa ditemui mati oleh anaknya yang baru pulang dari tempat kerja di Kulim.
"Pada mulanya, anak perempuan mangsa yang berusia 40 tahun itu menyangka ibunya mati kerana sakit tua.
"Bagaimanapun anggota polis yang datang menjumpai kesan-kesan pecah rumah dan barang kemas yang dipakai mangsa turut hilang.
"Selain itu, kita juga mengesan terdapat sedikit lebam pada mukanya dipercayai dicederakan suspek,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini malam ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment