KUALA LUMPUR, 20 Dis — Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa lima peguam dan 15 lain, yang ditangkap kerana enggan bersurai dalam perhimpunan haram kerana perhimpunan itu tiada unsur keganasan atau kekerasan, siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.
Pegawai penyiasat kes itu ASP Hoo Chang Hook berkata selepas penangkapan pertama melibatkan 14 orang dan penangkapan kedua lima peguam itu dan seorang wartawan, pihak polis telah merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara.
Hoo berkata hasil perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, pihak polis diberitahu kes itu tidak perlu didakwa ke mahkamah atas alasan tiada unsur keganasan dan kekerasan.
Hoo berkata Tun Abdul Majid juga menasihati pihak polis supaya pada masa depan perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mengunakan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah dalam menafikan hak tangkapan untuk mendapatkan khidmat peguam.
Lima peguam yang ditahan itu adalah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan, manakala seorang lagi ialah wartawan akhbar Suara Keadilan, Law Teck Hao dan 14 lagi.- Utusan
No comments:
Post a Comment