KOTA BAHARU 8 Dis. - Polis menahan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di sini dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan pada pukul 3 petang semalam manakala wanita tersebut pula ditahan malam tadi di rumah masing-masing.
"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.
Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17, di mana kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. - Bernama
* Yang bina tembok 'rapuh' tidak pula ditahan.
No comments:
Post a Comment