SEREMBAN: Serbuan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di dua premis membabitkan sebuah kilang dan kedai peralatan komputer di Kawasan Perindustrian Senawang, dekat sini, tengah hari kelmarin membongkar kegiatan pemiliknya menggunakan perisian komputer cetak rompak.
Difahamkan kedua-dua premis berkenaan beroperasi sejak lebih 15 tahun lalu dan dalam serbuan oleh bahagian berkenaan, turut dirampas adalah sembilan komputer termasuk satu daripadanya komputer riba kerana memiliki salinan langgaran cetak rompak yang menyalahi undang-undang.
Pengarah KPDNKK negeri, Norashiken Ishak, berkata operasi itu diadakan pada jam 12.30 tengahari membabitkan dua pasukan, satu daripadanya diketuai Penolong Penguat Kuasa Perdagangan Farid Shahril dan Idzuddin Zakaria bersama enam anggota.
Beliau berkata, turut serta dalam operasi itu ialah wakil pemilik hak cipta bagi perisian program komputer iaitu dari Perniagan Perisian Alliance (BSA).
"Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat oleh pasukan penguat kuasa didapati kedai perisian komputer dan kilang terbabit disyaki ada menggunakan perisian salinan langgaran cetak rompak untuk tujuan menjalankan perniagaan dan sebanyak sembilan komputer termasuk sebuah komputer riba dirampas selain beberapa dokumen berkaitan disita.
"Rampasan itu membabitkan enam unit komputer di kilang manakala tiga adalah dari kedai berkenaan dan semua barangan terbabit dirampas membabitkan nilai RM115,000 iaitu nilai komputer sebanyak RM45,000 dan perisian komputer cetak rompak bernilai RM70,000," katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK di sini, hari ini. - Malaysiakini
* Banyak cara lain untuk mendidik rakyat.
No comments:
Post a Comment