24 December 2009

Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di KL meningkat

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya di ibukota meningkat 38 peratus dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini berbading tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur sempena kempen Program Advokasi Keselamatan Jalanraya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini, 47 pemandu dan penumpang maut maut dalam tempoh itu tahun ini berbanding 34 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik itu sepanjang tahun lepas 42 pemandu dan penumpang kereta maut dalam kemalangan di ibukota.

Bagaimanapun kadar kemalangan jalan raya dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini pula turun 4.6 peratus, dengan jumlah kemalangan maut turun 4.2 peratus, manakala kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal 5.8 peratus.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment