03 December 2009

Hentikan perbalahan dalam BN

SANDAKAN 2 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi nasihat kepada anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berhenti berbalah kerana ia merugikan gabungan berkenaan dan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perancangan atau dasar-dasar kerajaan hanya dapat dilakukan jika kerajaan BN stabil dan tidak dibelenggu oleh masalah dalaman parti komponen.

“Kita perlu langkah proaktif untuk selesaikan semua masalah komponen BN, jika tidak, ini akan beri kesan negatif kepada kerajaan dan juga rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Dewan Masyarakat Libaran di sini hari ini.

Muhyiddin turut menafikan dakwaan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee bahawa dasar-dasar Kerajaan Pusat di negeri itu sama seperti penjajah British.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ini terbukti dengan kemajuan serta pembangunan yang dinikmati rakyat negeri itu.

Menurutnya, negeri tersebut juga memiliki rizab kewangan yang besar serta kukuh dalam bidang ekonomi dan stabil dari segi politik. - Utusan

* Penyamun-penyamun berbalah, biasalah rebut harta.

No comments:

Post a Comment