14 December 2009

Guru penolong kanan dilepas, dibebas tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang, terhadap pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan UMNO Bahagian Raub.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Junaidi Abdul Hamid.

"Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikkan kes prima facie dan dengan ini mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini,” katanya.

Junaidi, 46, yang diwakili Aishaton Abu Bakar didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada seorang anggota UMNO, Adnan Samad sebanyak RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai Ketua UMNO Bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.

Menurut kertas pertuduhan dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, pada 8 malam, 13 September 2008, mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. - Bernama

No comments:

Post a Comment