SHAH ALAM 16. Dis - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan didenda RM1000 atau penjara tujuh minggu oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menakutkan pegawai polis dalam satu perhimpunan haram di depan sebuah kuil dua tahun lalu.
Turut dikenakan hukuman yang sama ialah seorang mekanik yang juga terlibat dalam perhimpunan tersebut, B. Varatharaju, 34.
Daripada 69 yang didakwa, kini tinggal sembilan yang masih dibicara atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram itu. - Utusan
No comments:
Post a Comment