JOHOR BAHARU 2 Dis. - Polis menahan dua lelaki berhubung kejadian letupan di sebuah restoran di Jalan Pandan 1, Stulang Darat di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua lelaki berumur 32 dan 44 itu ditahan malam tadi di sekitar bandar raya ini.
Mohd. Mokhtar berkata, letupan itu tidak kena mengena dengan perbuatan ekstrem tetapi akibat persaingan perniagaan yang dipercayai cuba menyekat restoran itu daripada dibuka Sabtu ini.
Kejadian di restoran yang 80 peratus siap diubah suai itu berlaku pada pukul 2.30 pagi. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. - Bernama
No comments:
Post a Comment