TEHERAN: Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani semalam berkata, Amerika Syarikat bertindak seperti pengganas apabila menculik saintis nuklear negara itu di Arab Saudi.
Televisyen Iran melaporkan, Ali berkata, Washington dan Riyadh perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan saintis itu, Shahram Amiri.
“Amerika Syarikat bertindak serupa pada masa lalu tetapi tidak pernah mahu bertanggungjawab terhadap sikap pengganas mereka,” kata Ali.
‘Adalah jelas langkah itu dilakukan oleh Amerika dan diatur oleh Arab Saudi. Tindakan seumpama itu mencemar reputasi mereka.”
Sebelum ini, Menteri Luar, Manouchehr Mottaki mendakwa Shahram diculik oleh Amerika Syarikat selepas hilang ketika menunaikan umrah.
Kementerian Luar Iran juga mengesahkan buat kali pertama bahawa Shahram ialah saintis nuklear. - AFP
No comments:
Post a Comment