17 November 2009

UMNO akan kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, kosong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shafie Apdal berkata, rayuan akan dibuat secepat mungkin berdasarkan keputusan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa kerusi itu masih disandang Datuk Abu Hassan Sarif.

Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada peguam yang mewakili Abu Hassan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun mengenai hasrat itu dan perbincangan lanjut akan diadakan sebelum rayuan dibuat.

“UMNO hormati keputusan mahkamah itu. Namun, kami tetap akan buat rayuan berasaskan kepada keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan kerusi itu masih milik Abu Hassan.

“Apa pun, UMNO tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan dan akan menerima apa juga keputusan selepas ini,” katanya.

* Kalau hakim yang adil jangan haraplah sama dengan keputusan SPR.

No comments:

Post a Comment