JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan satu sindiket kumpulan samun berkawan menggunakan senjata parang selepas menahan 21 orang dan menjumpai semula hasil samun jongkong timah bernilai kira-kira RM3 juta, dalam tempoh 48 jam selepas mereka mengangkut pelbagai jenis jongkong timah, tembaga dan perak dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai, dekat sini, 24 Oktober lalu.
Polis menemui semula barang samun iaitu 289 jongkong timah dianggarkan seberat tujuh tan, 12 bongkah besar timah seberat 12 tan, 50 batang timah panjang, wang tunai RM29,000 dan tiga buah lori. - Bharian
No comments:
Post a Comment