16 November 2009

Rumah terbakar selepas seminggu dimasuki pencuri

KULIM - Belum pun reda kesedihan Asma Salleh, 50, akibat rumahnya dimasuki pencuri seminggu yang lalu, kelmarin rumahnya dijilat api dalam satu kebakaran yang melibatkan tiga rumah sederet di Taman Selasih di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, ibu tunggal itu mengalami kerugian kira-kira RM120,000.

"Sewaktu kebakaran berlaku, saya berada di Hospital Daerah Kulim (HDK) kerana ada urusan dan mujurlah anak saya, Mohd. Hafiz Abdullah, tiga tahun, yang ditinggalkan di rumah berjaya menyelamatkan diri.

"Tiada satu pun barang dapat diselamatkan, sekarang saya terpaksa menumpang di rumah jiran," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Yusuf Shaari, 60, pula memberitahu dia juga tidak berada di rumah semasa kebakaran itu berlaku.

"Ada jiran beritahu terdengar bunyi letupan tetapi saya masih tidak mengetahui puncanya.

"Saya juga terpaksa tinggal di rumah jiran dan selepas ini, tidak tahu lagi hendak ke mana," kata beliau. - Kosmo

No comments:

Post a Comment