15 November 2009

Polis sahkan lelaki ditembak mati ketua geng Deva

PULAU PINANG 14 Nov. — Lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gat Lebuh Nordin di sini semalam disahkan sebagai Thomas Victor, ketua geng Deva yang dikehendaki polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, lelaki berusia 37 tahun yang turut dikenali sebagai Selladurai atau VT itu mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan pada bahagian dadanya.

"Siasatan lanjut dan hasil bedah siasat mendapati lelaki yang mati itu memang sah ketua geng Deva yang sedang diburu polis kerana aktif melakukan kegiatan jenayah bersenjata api,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Island Glades di Jalan Tembaga, di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment