02 November 2009

Perkembangan terkini kes Dr Asri

GOMBAK - Sehingga 10.21 pagi tadi tiada pertuduhan dikenakan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Beliau yang hadir bersama dua peguamnya Zulkifli Che Yong dan Azmi Mohd Raris ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi ketika ditemui memberitahu pihak Jais mengarahkannya hadir ke mahkamah tetapi pihak berkenaan sehingga ini masih belum hadir.

"Hampir 50 minit saya menunggu, tetapi merka masih tidak hadir.Keterangan saya juga masih belum diambil," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan media hari ini bahawa beliau menyampaikan fahaman Wahabi, beliau berkata, "itu adalah rekaan semata-mata."

Asri ditahan malam tadi oleh Jais kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. - Sinar harian

No comments:

Post a Comment