BAGHDAD 8 Nov. - Ahli-ahli Parlimen Iraq hari ini meluluskan undang-undang untuk mengadakan pilihan raya umum di negara itu awal tahun 2010 dan kini sedang berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk undian itu.
Timbalan Pengerusi parlimen, Khaled al-Attiya dalam satu siaran televisyen berkata, seramai 141 daripada 195 ahli parlimen telah mengundi untuk tujuan itu.
Pilihan raya itu dilihat sangat penting demi mengukuhkan sistem demokrasi baru negara itu sejajar dengan pengunduran tentera-tentera Amerika Syarikat (AS) menjelang Ogos tahun depan dan pengunduran sepenuhnya pada tahun 2011.
Pilihan raya tersebut dijadual diadakan pada 16 Januari namun tarikh itu menimbulkan keraguan disebabkan kelewatan dan perdebatan berhubung sistem yang akan dipakai dalam pilihan raya kedua negara itu sejak pemerintahan diktator Saddam Hussein pada 2003.
Undang-undang itu akhirnya di luluskan selepas beberapa minggu tertangguh selain mendapat desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemimpin alim ulama dan AS yang mana perbincangan parlimen itu turut telah dihadiri oleh duta AS, Christopher Hill. - AFP
No comments:
Post a Comment