20 November 2009

Dua tentera Amerika Syarikat terbunuh

KANDAHAR, 19 Nov. - Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dan 10 orang awam terbunuh dalam dua kejadian pengebom berani mati meletupkan diri di tempat berasingan di Afghanistan hari ini.

Tindakan pengebom berani mati meletopkan diri di berhampiran sebuah balai polis di daerah Deh Rawod, selatan wilayah Uruzgan membunuh 10 orang awam termasuk dua kanak-kanak serta mencederakan 13 yang lain, kata ketua polis wilayah, Juma Gul Hemat.

Katanya, serangan tengahari itu berlaku ketika konvoi dari ibu pejabat polis di tengah daerah ini sedang bergerak meninggalkan balai untuk menyertai operasi tentera di kawasan daerah Jatu.

Dalam satu lagi kejadian, pengebom berani mati yang mensasarkan tentera NATO bertindak meletupkan dirinya berhampiran sebuah kenderaan tentera AS yang berpangkalan di Shahjoy di selatan wilayah Zabul.

“Dua anggota keselamatan AS terbunuh dalam serangan tersbeut,” kata jurucakap tentara AS di Kabul. - AGENSI

No comments:

Post a Comment