Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak dihadapkan ke mahkamah syariah hari ini seperti diura-urakan, sebaliknya dakwaan terhadapnya berhubung mengajar tanpa tauliah dibuat minggu depan.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyatakan mantan mufti Perlis itu akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 9 pagi 18 November ini.
Kekeliruan tentang maklumat ini menyebabkan kira-kira 20 wartawan dan jurugambar berada di luar mahkamah berkenaan untuk mendengar kes kontroversi yang melibatkan tokoh agama popular itu. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment