
Turut hadir di mahkamah ialah hampir 50 orang penyokong bekas mufti itu.
Dijangkakan hampir 400 orang lagi akan hadir dari Perlis untuk menyokong beliau.
Dewan Mahkamah Rendah Syariah itu sesak sehingga ada yang terpaksa berdiri apabila pintu dewan mula dibuka tepat pukul 9 pagi.
Kesemua mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Dr. Asri yang didakwa kerana mengajar tanpa tauliah.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.
Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 1 November lalu di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Ampang, di sini.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.- Utusan
Mahkamah tolak permohonan pindah kes Dr. Asri
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Hakim Syarie, Wan MahyuddinWan Muhammad menolak permohonan pihak pendakwa syarie untuk memindahkan kes bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam ekoran alasan yang dikemukakan kurang munasabah. - Utusan
Mahkamah tetapkan kes bicara Dr. Asri 5 Januari depan
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh 5 Januari depan untuk perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar perkara mengenai Islam tanpa tauliah. - Utusan
* Nanti orang kata, Umno dengan PAS sama sahaja. PAS lagi, Ulama dilayan begini.
No comments:
Post a Comment