22 November 2009

Bedah siasat Beng Hock 12 tengah hari

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo memberitahu, bedah siasat Teoh Beng Hock di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini dijangka mengambil masa selama tiga hingga lima jam.

Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengah hari ini pembedahan tersebut masih belum dijalankan.

Semalam, kerja-kerja menggali semula kubur Setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilakukan bermula pukul 8.40 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudian sebelum mayat dibawa keluar ke HSB kira-kira pukul 11.15 pagi.

Keputusan untuk menggali semula kubur tersebut dibuat Mahkamah Koroner Shah Alam pada 4 November lalu selepas mendapat permohonan daripada keluarga mendiang yang memohon bedah siasat kali kedua diadakan.

- Utusan.

No comments:

Post a Comment