KUALA LUMPUR 14 Okt. - Golongan ulama digesa mengambil tindakan tegas terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa perjuangan UMNO tidak akan membawa seseorang masuk syurga.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican beranggapan, kenyataan pemimpin Pas itu jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran al-Quran sebenar serta membuatkan agama Islam dipandang hina.
"Saya tak faham macam ulama-ulama UMNO dan kerajaan atas nama al-Haf kenapa tak boleh cakap dan ambil tindakan terhadap Nik Aziz.
"Dia cakap benda yang tak masuk akal. Dia cakap perjuangan UMNO tak boleh bawa orang masuk syurga. Macam mana dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka," katanya semasa ucapan mencadangkan ucapan dasar Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada Persidangan Pemuda sempena Perhimpunan Agung Khas di sini hari ini.
Reezal Merican berkata, junjungan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukan siapa yang dikehendaki dan disayangi baginda untuk masuk syurga kerana semuanya adalah ketentuan Allah SWT seperti yang ditulis di dalam al-Quran. - Utusan
No comments:
Post a Comment