NEW HAVEN, Connecticut 2 Okt. - Universiti Yale di sini akan memastikan tahap keselamatan dipertingkatkan lagi selepas pembunuhan aneh ke atas mahasiswi, Annie Le, 24 pada 8 September lalu.
Presidennya, Richard Lecvin membuat kenyataan itu dalam e-mailnya yang dihantar kepada semua fakulti dan pekerja universiti berkenaan minggu ini.
Katanya, peningkatan itu melibatkan sistem perhubungan kecemasan di pintu-pintu terpencil yang sunyi dan kawasan-kawasan bawah tanah.
Malah tegas Levin, semua pekerja sementara kini akan melalui tapisan dan pemeriksaan latarbelakang lebih ketat. - AP
No comments:
Post a Comment