KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, sebentar tadi mengumumkan keluar parti itu serta merta untuk bertanding pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata dua oleh PKR untuk berbuat demikian.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu.
"Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online, sebentar tadi. - Bharian
No comments:
Post a Comment