5:10 : Kesemua lapan pusat mengundi ditutup. Peratusan keluar mengundi adalah 81.6 peratus iaitu seramai 11,157 pengundi termasuk pos. Iklan
4:20 :SPR mengumumkan sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 69.5 peratus atau seramai 6,301 pengundi.
3:50 :Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dilaporkan penyokong BN masih melakukan provokasi dengan menghina nama-nama besar pemimpin Pakatan.
Polis beberapa kali membuat teguran tetapi tidak diendahkan.
3:15 :SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 65 peratus atau seramai 5892 pengundi
Para penyokong kedua dua parti mula mengambil tempat semula untuk sesei petang ini setelah berehat tengahari tadi.
2:20 :Sehingga jam 2 petang, SPR mengumumkan sebanyak 59.2 peratus atau seramai 5,371 pemilih telah keluar mengundi.
1:15 :Sehingga jam 1 tengahari tadi SPR mengumumkan sebanyak 54.1 peratus atau 4,905 orang telah keluar mengundi.
12:45 : Pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta Ramli berada di Pusat Mengundi Sek. Keb. Si Rusa memantau suasana pilihanraya.
Salahudin ketika ditanya memaklumkan suasana penyokong PR terkawal biarpun berdepan provokasi perti lawan di beberapa tempat dan memohon kerjasama penuh anggota keselamatan.
12:30 :Beberapa pusat pembuangan undi semakin lengang menjelang tengahari ini.
Di SJK (C) Ladang Sua Betong, suasana lengang sejak jam 11.30 pagi tadi lagi.
Sehingga jam 12 tadi SPR memklumkan sebanyak 46.5% sudah keluar mengundi iaitu seramai 4,220.
Angka keluar mengundi yang belum mencecah 50 peratus itu dijangka berpunca dari cuaca hujan di sebelah pagi tadi.
11:50 : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.
Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama.
Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis.
11:40 : SPR memaklumkan 35.7% sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. Meraka mensasarkan jumlah peratusan mencecah 80 peratus petang ini.
11:30 : Seorang peraih undi Umno, yang mahu dikenali sebagai Pak Mat Motor yang datang dari Rembau mendakwa dirinya ditipu agen Tan Sri Isa kerana masih belum mendapat bayaran RM 300 seperti dijanjikan.
11:15 : Salahuddin ketika ditemui memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno.
11:00 : Muhyidin dilihat meninggalkan sekolah tersebut 10 minit kemudian.
10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.
Ketua Penyokong Pakatan, Dr. Hatta Ramli yang juga ada di sini memberitahu, keadaan penyokong kedua-dua parti terkawal biarpunusaha meraih sokongan kian agresif.
10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa
10:30 : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi.
10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi.
10:10 : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.
" Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran.
9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson.
9:40 : Calon Pakatan Rakyat tiba di Sek. Ren. Panglima Adnan. Mengiringi beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan.
"Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.
9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi.
9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi
9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi.
8:45 : Hujan lebat mulai turun di sini, bagaimanapun penyokong ada yang tidak berganjak dan masih berdiri di tepi jalan mengibar bendera.
8:10 : Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manek Urai, Ustaz Fauzi Abdullah juga kelihatan tiba bersama beberapa pemimpin PAS lain.
8:00 : Salidah Binti Kansan, 65, Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh pegawai SPR untuk membuang undi di sini.
7:40 : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat tiba di sini memantau suasana pilihanraya.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf
7:30 : Kelihatan para penyokong parti masing-masing memenuhi tepi jalan 50 meter dari pintu ke sekolah tersebut.
Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan.
Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan.
7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan.
Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar. - Harakahdaily
No comments:
Post a Comment