23 October 2009

Penculik ditembak mati selepas berbelanja hanya RM100 wang tebusan

JOHOR BAHARU 23 Okt. — Dua lelaki yang menculik seorang budak lelaki 16 tahun pada 6.45 pagi di Segamat, Selasa lepas hanya sempat berbelanja RM100 wang tebusan itu selepas ditembak mati dalam drama tembak menembak dengan polis awal hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata penculik berumur 35 dan 38 tahun itu telah melepaskan tiga das tembakan ke arah polis tetapi mati di tempat kejadian selepas polis membalas tembakan mereka dalam satu kejadian dekat bandar Chaah di Segamat pukul 1.50 pagi.

Katanya para penculik hanya sempat berbelanja RM100 daripada RM130,000 wang tebusan yang dibayar oleh keluarga mangsa semalam, dipercayai untuk membeli makanan dan petrol.

Laporan polis dibuat apabila budak lelaki itu dibebaskan tanpa dicederakan oleh para penculik, katanya.

"Sebuah pasukan petugas khas berjaya mengesan suspek yang menaiki kenderaan Proton Wira dan memintas mereka dekat Chaah. Mereka enggan menyerah diri dan menembak ke arah polis yang menyebabkan polis membalas tembakan itu untuk mempertahankan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment