RAWALPINDI, Pakistan 11 Okt. - Kumpulan militan bersenjata api berat sedang menawan di antara 10 dan 15 tebusan tentera di dalam markas tentera semalam selepas menyerang komplek tersebut dalam serangan berani terhadap institusi terkuat Pakistan itu.
Serangan tersebut yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang mati, adalah serangan militan ketiga terbesar di Pakistan dalam masa seminggu.
Ia berlaku pada waktu kerajaan merancang untuk melakukan serangan terhadap kubu kuat kumpulan militan berkenaan yang berada di sempadan dengan Afghanistan. - AP
No comments:
Post a Comment