10 October 2009

Melaka negeri maju tahun depan - Khalil

MELAKA 10 Okt.— Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob yakin Melaka akan mencapai status negeri maju pada tahun depan sebagaimana yang dirancangkan oleh kerajaan Melaka sepuluh tahun lepas. "Pembangunan dapat dilihat secara nyata dengan adanya prasarana yang lengkap dan kemudahan yang telah disempurnakan,” katanya semasa berucap pada majlis istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan hari ulang tahun beliau Ke-71 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Beliau berkata, pelabur gembira juga dengan dasar dan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan negeri sehingga menjadikan Melaka dalam suasana kondusif untuk pelabur menanam modal.

Hadir sama pada majlis itu isteri beliau, Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abd Rahman.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri, mengetuai 296 penerima pada majlis itu hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment