09 October 2009

MB Perak (lantikan bukan rakyat) dianugerahkan gelaran Datuk Seri

MELAKA - Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir mendahului penerima pingat dan darjah kebesaran sempena hari jadi Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob yang ke 71 apabila beliau dianugerahkan gelaran 'Datuk Seri'.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar di Seri Negeri di sini pagi tadi dan beliau akan menerima anugerah tersebut pada majlis penganugerahan yang akan dilaksanakan di Dewan Seri Negeri pagi esok.

Turut menerima gelaran yang sama ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Setiusaha Negara, Datuk Sidek Hassan.

Sementara itu, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Muhamad Jiwa dianugerahkan gelaran Jaksa Pendamai (JP) dan penyanyi pop yeh yeh Jeffydin dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment