KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup Isnin ini sempena cuti umum Amerika, Columbus Day.
Cuti itu sebagai memperingati pelayaran pertama ahli pelayaran Itali, Christopher Columbus, yang belayar untuk mencari Dunia Baru pada 1492, menurut kenyataan Pejabat Akhbar kedutaan itu di sini hari ini.
Berikutan itu, semua perkhidmatan kedutaan termasuk visa dan pasport Amerika serta khidmat notari akan disambung semula pada Selasa.
Bagi khidmat kecemasan selepas waktu pejabat, kedutaan itu boleh dihubungi menerusi talian 03-21685000.
— BERNAMA
No comments:
Post a Comment