KUALA LUMPUR 10 Okt. – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini menggugurkan dua daripada lima resolusi yang diumumkan sebelum ini.
Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong berkata, dua resolusi tersebut adalah membatalkan sebarang pelantikan jawatan Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat (CC) MCA dan tiada tindakan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memanggil EGM diadakan.
Beliau berkata, tiga resolusi yang akan diundi oleh perwakilan pusat adalah usul undi tidak percaya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, mengembalikan keahlian bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.-Utusan
No comments:
Post a Comment