09 October 2009

Dua militan Indonesia terbunuh dua ditangkap dalam serbuan

JAKARTA 9 Okt. - Dua militan Indonesia terbunuh manakala dua lagi ditahan apabila pasukan anti-pengganas negara itu menyerbu sebuah tempat persembunyian kumpulan militan yang dipercayai ada kaitan dengan pengeboman pada 17 Julai lalu.

"Dua orang terbunuh ketika serbuan itu manakala dua lagi yang selamat ditangkap," kata sumber pasukan anti-pengganas kepada AFP.

Katanya, pihak polis sedang mencari Syaifudin Zuhri, seorang ekstrimis Islam yang dipercayai merekrut dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka di hotel Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta Julai lalu yang menyebabkan tujuh orang terkorban.

Tembak-menembak dan letupan kedengaran ketika pihak polis menyerbu sebuah rumah di Ciputat, pinggir bandar selatan Jakarta, kata saksi kejadia yang mahu dikenali Burhan kepada radio ElShinta.

"Saya dengar satu letupan diikuti beberapa siri tembakan pada pukul 11.30 pagi ini (waktu tempatan)," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment