02 September 2009

Tujuh temui Hisham, isu demo kepala lembu

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam – yang mengarakkan kepala lembu sebagai bantahan isu kuil Hindu - mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Rombongan tujuh penduduk dan wakil NGO Melayu yang terlibat dalam bantahan itu dijadual membincangkan penyelesaian kes kontroversi pemindahan kuil Sri Mariaman ke seksyen tersebut dari Seksyen 19.

Malaysiakini difahamkan, rombongan yang diketuai pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Mahyuddin Manaf (kanan) akan turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam demonstrasi di di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu, yang dipertikaikan banyak pihak.

Hishammuddin dijangkakan mengadakan sidang media di Kementerian Dalam Negeri selepas pertemuan tersebut. - Malaysiakini

2 comments:

  1. Apa salah lembu tuu yg org melayu haprak pi pijak buat apa..
    "Isi2 dikepala(lidah,otak dan semuanya) tu adalah rezeki Allah utk manusia"
    Yang buat demonstrasi tuu semua otaknya macam otak lembu!! Bodohhh!!

    ReplyDelete
  2. MEMANG PATUT PUN PAKATAN RAKYAT SURUH AGONG BATALKAN PENYAMBUNGAN KONTRAK KETUA SAMSENG..EH..EH...SILAP....KETUA POLIS NEGARA.??? NAMPAK SANGAT LEMBABNYA...KALAU PE4MBANGKANG BUAT DEMONSTRASI SIAP KELUAR GAMBAR KAT PAPER....PASAL KEPALA LEMBU TU...TAK AKAN TAK TAU GAMBAR YG BAWA KEPALA LEMBU TU??? KAN BROTHER GEMUK YG MCM LEMBU TU YG BAWA.....KELUARKAN AJE WARAN TANGKAP......BANGANG PUNYA ORG???

    ReplyDelete