KUALA TERENGGANU - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Mengkawang, Asimah Abd. Rahman, 51, Selasa lalu.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan pada pukul 5.10 pagi selepas menyerbu sebuah bangsal di kawasan kejadian tersebut.
"Polis percaya dengan tangkapan tiga lelaki berusia 26 hingga 28 tahun yang dipercayai penagih dadah ini dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini untuk siasatan.
Dalam kejadian Selasa lalu, Asimah ditemui mati di ruang tamu dengan usus perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. - Kosmo
No comments:
Post a Comment