ISLAMABAD - Militan Taliban di bandar Chaman, sempadan Pakistan, membakar 18 trak bekalan untuk pasukan tentera yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan, semalam.
Sebanyak 300 trak diletakkan dekat pintu masuk sempadan di barat daya negara itu kerana sempadan ditutup oleh pihak berkuasa Afghanistan sejak Jumaat lalu.
Tindakan menutup sempadan itu dibuat berhubung pertikaian dengan Kabul mengenai pemeriksaan trak-trak yang datang dari Afghanistan.
"Penyerang mungkin memasang bahan letupan di bawah sebuah lori tangki yang kemudian meletup dan menyebabkan trak lain terbakar," kata seorang pegawai polis, Abdul Rauf.
Chaman ialah antara dua pintu masuk utama bekalan bagi tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato yang memerangi Taliban di Afghanistan.
Tentera asing memperoleh 75 peratus bekalan mereka dari Pakistan.
Pegawai-pegawai kastam Pakistan berkata, tindakan meningkatkan pemeriksaan ke atas trak-trak Afghan yang membawa delima dan anggur menyebabkan pegawai-pegawai negara itu menutup pintu sempadan.
Sement:ara itu, askar-askar Pakistan dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 30 pejuang Taliban dalam pertempuran di barat laut Lembah Swat. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment