Bagaimanapun, kecederaan yang dialami Mahathir, 57, tidak serius dan beliau dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak awal malam ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, pasangan berkenaan baru tiba di hadapan rumah Datin Umi Kalthum untuk menjemputnya ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menurut Anita, 57, beliau dan suaminya sedang menunggu dalam kereta manakala pemandu mereka, Tan Ah Seng, 52, berada di pintu pagar sementara menunggu Umi keluar dari rumah.
“Dalam sekelip mata, muncul empat lelaki berusia dalam awal 20-an yang datang menaiki dua buah motosikal dan terus mengacu parang ke arah Ah Seng. Menyedari tindakan kumpulan penjenayah itu, Mahathir yang berpakaian baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok, bergegas keluar dari kereta untuk melawan penjenayah terbabit,” katanya yang ditemui di unit kecemasan pusat perubatan itu di sini malam ini.
Anita menceritakan insiden itu kepada pemberita selepas suaminya selesai menerima rawatan di situ.
Katanya, pada masa sama, salah seorang penjenayah berkenaan mengugut memotong tangan Mahathir sekiranya enggan menyerahkan jam tangannya. Mahathir tidak gerun dengan ugutan lelaki itu, sebaliknya bertindak berani mencekak leher lelaki itu dan bergelut dengannya.
“Ketika itulah, Mahathir dilibas dengan parang menyebabkan kepalanya berlumuran darah. Rakan-rakan penjenayah turut cuba melibas parang ke arahnya tetapi mujurlah dapat dielaknya.
“Risau dengan apa yang berlaku, saya kemudian keluar dari kereta lalu menjerit adik, jangan! adik, jangan!”
“Kumpulan penjenayah itu seolah-olah cuba menyerang saya, tetapi tergamam dan tercegat. Mungkin mereka dapat cam saya dan tidak lama selepas itu, mereka dilihat bercakap antara satu sama lain sebelum meninggalkan tempat kejadian,” jelas Anita.
Meskipun begitu, pasangan Anita dan Mahathir sedikit pun tidak marah dengan tindakan empat anak muda itu sebaliknya berdoa agar mereka akan bertaubat dan kejadian sama tidak akan menimpa ibu-bapa mereka.
“Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana melindungi Mahathir, saya dan pemandu kami. Apa yang lebih penting, kecederaan Mahathir telah dirawat dan kami selamat,” katanya. - Utusan
* Welcome to Malaysia.
No comments:
Post a Comment