24 September 2009

Rumah majistret sasaran penjenayah

GOMBAK - Pada musim raya bukan saja bank dan kedai emas yang ditutup menjadi sasaran penjenayah malah rumah-rumah mewah turut menjadi pilihan mereka.

Semalam sekumpulan penjenayah telah memecah masuk rumah seorang majistret di Tanah Gantian, Sungai Tua, Selayang dan melarikan sebuah televisyen plasma dan tiga buah komputer riba jenama Acer.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 5.25 pagi, kumpulan perompak yang memasuki rumah itu tidak menemui wang tunai.

Semasa rumah itu diceroboh, pemiliknya Majistret Muhammad Najib Ismail yang bertugas di Mahkamah Majistret Selayang dan keluarganya tiada di rumah kerana pulang bercuti raya di kampung. - Kosmo

* Jenayah berleluasa tanda pemerintah yang lemah dan mementingkan diri.

No comments:

Post a Comment