Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.
Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu. - Malaysiakini
* Seperti dijangka, polis tidak berani sentuh kumpulan lembu seret, pijak, ludah kepala lembu (binatang yang dianggap mulia oleh Hindu) tetapi bertindak kasar dengan menangkap kumpulan yang hanya memasang lilin.
kesian kat lembu tu yee..tapi yg ajar bawa lembu-lembu puak-puak PKR juga..tak kan lupa kot masa budak2 tak cerdik yg bawa lembu kat k toyo dulu....
ReplyDeleteanon 10:23 memang ada sikit otak lembu..Kalau tak faham situasi jangan komen..
ReplyDeleteAdakah ini ADIL? Dimanakah POLIS KERAJAAN MALAYSIA ketika kepala LEMBU diarak? Bukankah ini semua akan mengundang masalah perkauman....
ReplyDeleteInilah negara MALAYSIA.. Mungkin ini lah konsep 1-MALAYSIA yang Laungkan oleh PM kita.. Tahniah untuk MALAYSIA..