Pokok setinggi 10 meter itu tumbuh di pinggir hutan yang bersempadan dengan pagar padang sekolah berkenaan.Dalam satu kes, seorang mangsa dikatakan telah dirasuk dan menjerit-jerit meminta dihantar ke pokok itu bulan lalu.
Seorang mangsa serangan histeria yang hanya mahu dikenali sebagai Rin memberitahu Kosmo! : "Apabila cikgu tanya, dia (mangsa) kata tempat asalnya itu ialah bawah pokok di hujung padang sekolah.''
Rin turut terkena serangan histeria dan pengalaman ngerinya itu bermula apabila dia mendakwa ternampak lembaga hitam berkeliaran di sekitar tandas dan kelas tidak lama sebelum bulan Ramadan bulan lalu.
Sebaik terserempak dengan lembaga hitam berambut panjang itu, Rin menjadi lesu dan terus meracau-racau.
Pelajar tingkatan lima itu berkata, badan dan kepalanya juga terasa berat sehingga akhirnya tidak sedarkan diri. - Kosmo
No comments:
Post a Comment