
12.05 tgh: Mereka akhirnya meninggalkan Komtar atas nasihat polis.
11.50 pagi: Penduduk Kampung Buah Pala enggan meninggalkan kawasan Komtar.
11.40 pagi: Kumpulan penduduk diarah meninggalkan Komtar. Mereka bagaimanapun menjadi marah kerana telah dihalang daripada memasuki bangunan pentadbiran negeri di tingkat 3.
11.30 pagi: Seramai 10 wakil penduduk berkumpul di Komtar dan menuju ke arah pejabat Ketua Menteri.
11.20 pagi: Polis menerima surat daripada penduduk yang meminta perlindungan polis daripada pemaju tetapi menyatakan mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak kerana isu itu telah diputuskan oleh mahkamah.
10.30 pagi: Para penduduk dan penyokong tiba di ibu pejabat polis untuk menyerahkan memorandum merayu pihak polis supaya menghentikan kerja-kerja perobohan.
8.30 pagi: Keadaan senyap sunyi dengan segelintir penduduk berkawal di pintu masuk kampung. - Mstar
No comments:
Post a Comment