26 September 2009

Isteri ke Jakarta tuntut mayat Noordin

KUALA LUMPUR – Jenazah Noordin Mohammed Top, penjenayah paling dikehendaki yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 September akan dibawa pulang 1 Oktober ini.

Ketua Polis Indonesia, Jen. Bambang Hendarso Danuri berkata, jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

“Khamis nanti baru diambil (jenazah itu),” katanya seperti dipetik media massa online tempatan di Jakarta semalam.

Beliau berkata, jenazah pengganas yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus. - Kosmo

No comments:

Post a Comment