05 September 2009

Hasan Ali mengadap Sultan Selangor

Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Ali hari ini mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah berhubung isu larangan penjualan arak dan pemberian kuasa kepada penjawat masjid bagi menangkap pesalah syariah di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam pertemuan empat mata itu, Dr Hassan memberi taklimat langsung kepada baginda berhubung isu kontroversi itu dan pentadbiran agama Islam di negeri itu.

"Beliau hendak mengadap Sultan untuk menerangkan (apa) yang telah beliau usahakan. Bukan sahaja dari segi pembanunan agama Islam. (Kehadiran) beliau juga (sebagai) exco dalam bahagian pembangunan masyarakat Melayu.

"Oleh sebab itulah, beliau ingin mengadap Sultan untuk menyatakan usaha yang beliau lakukan. Walaupun, akhir-akhir ini terdapat beberapa kenyataan mengenai isu penjualan bir, mengenai isu kuasa jawatankuasa masjid, itu pun mungkin akan dibangkitan oleh Datuk Hassan dalam perjumpaan mengadap tuanku," kata Abdul Khalid.

Menteri besar mengulas pertemuan Dr Hassan dengan Sultan dalam sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam tengah hari tadi selepas menghadiri dialog dengan penduduk Seksyen 23 bagi membincangkan cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu.

Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha Dr Hassan setelah dimaklumkannya sendiri kepada Sultan Selangor.

"Tuanku memberitahu saya tentang perjumapaan tersebut. Saya memang menyokong usaha tersebut, supaya ada terdapat maklumat terus diberikan (kepada baginda)," katanya.

Selain dua isu tersebut, Dr Hassan akan turut memberikan taklimat berhubung isu pembangunan Islam negeri - termasuk peranaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ditanya kenapa Dr Hassan membisu dalam isu pemindahan kuil Hindu dari Seskyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam - yang dibantah keras penduduk setempat - Abdul Khalid berkata, exco berkenaan tidak terlibat dalam perbincangan perkara itu.

"Yang dijalankan ini adalah di untuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). MBSA kita dah ada wakil. Yang sebenarnya, kalau ini selesai di peringkat MBSA, selesailah. Itu sebab (exco negeri daripada PKR) Yaakub Sapari pun tidak campur.

"(ADUN Batu Tiga) Rodziah Ismail buat kenyataan sebab beliau dalam kumpulan yang berbincang. (Ahli parlimen Shah Alam), Khalid buat kenyataan sebab beliau berbincang. Saya buat kenyataan sebab dah sampai ke (peringkat) atas,” tambahnya. - Malaysiakini

1 comment:

  1. Tahniah Dr Hasan Ali kerana usaha anda mengenai arak ini...Semoga Allah memberkatinya dan memberi hidayah kepada peminum-peminum arak.

    ReplyDelete