Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencadangkan agar para pemimpin negara dan pemimpin masyarakat meminta maaf sekiranya terdapat perkataan atau perbuatan yang ditafsirkan umum tidak mencerminkan 1Malaysia.
"Dalam percakapan, mungkin ada yang tak selaras dengan semangat 1Malaysia dan memang kita telah sarankan semua pemimpin supaya mengikut 1Malaysia ini.
"Tak dapat dinafikan dalam keadaan tertentu, ada pemimpin yang ditafsirkan tidak selaras dan tak tetap. Kalau berlaku kita (kerajaan) bersedia meminta maaf untuk baik pulih hubungan dan saya akan cadang pada pemimpin dan anggota masyarakat lain.
"Begitu juga dengan hubungan antara adik-beradik atau suami dan isteri. Kadang-kala kita tak sedar ada perkataan kita yang melukakan hati. Tetapi demi memulihkan semula keadaan, mestilah kita meminta maaf," katanya ketika ditemubual oleh Bernama TV dalam rancangan 'Helo Malaysia' malam tadi.
Beliau yang juga presiden Gerakan mengibaratkan perpaduan yang terbentuk di kalangan pelbagai kaum di negara ini seperti hubungan adik-beradik dan antara suami dan isteri.
Hubungan itu, katanya haruslah dikekalkan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara.
"Contohnya jika kita berkelahi, selepas itu mestilah kita mencari jalan penyelesaian yang positif supaya rapat antara satu sama lain. Kita juga tahu setiap hari berjuta orang memandu kereta dengan cermat dan selamat.
Semangat perpaduan
"Tetapi kita tak dapat elakkan berlaku kemalangan. Kalau berlaku kemalangan, tak semestinya
jalan itu ditutup dan kita tak boleh melalui jalan itu lagi.
"Begitu juga dengan dasar kerajaan. Dalam menuju kepada satu destinasi, kadang-kala ada juga kemalangan. Kita mestilah bersikap positif dalam perpaduan ini dan atas semangat perpaduan yang dipupuk, ia dapat atasi sebarang perbezaan yang berlaku," katanya.
Dr Koh berkata perbezaan di kalangan kaum di negara ini tidak seharusnya dianggap sebagai kelemahan, sebaliknya merupakan kekuatan dalam asas negara.
Mengenai hari kemerdekaan yang disambut hari ini dalam tempoh 40 minit tanpa penglibatan kanak-kanak, Koh berkata setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi meskipun berada dalam bulan puasa.
"Walaupun sederhana dari segi skala, tetapi suasananya amatlah mesra. Peserta dari generasi muda amat bersemangat dan saya kagum dengan semangat ini. Itu tak dapat diragukan khasnya dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi cogankata.
"Oleh itu saya berpendapat gagasan 1Malaysia dapat menjanakan semula semangat kemerdekaan dan semangat bersatu padu," katanya. Bernama
* Menyindir
No comments:
Post a Comment