Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel mengekalkan kedudukannya buat penggal kedua dengan mengalahkan bekas Timbalan Presiden, Datuk S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan.Pada pemilihan itu, Palanivel memperolehi 629 undi manakala Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).
Bagi tiga jawatan Naib Presiden, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan memenangi jawatan yang ditandingi itu.
Subramaniam memperolehi undi tertinggi iaitu 1,260, Devamany (1,122) manakala Saravanan (1,030).
Lima lagi calon yang bertanding jawatan Naib Presiden iaitu P. Subramaniam memperolehi 220 undi, Datuk V.K.K. Teagarajan (215), Datuk S. Balakrishnan (271), dan Ketua MIC Bahagian Jelebu, P. Mariayee (61).
Pengerusi Jawatankuasa parti, K. Vijayanathan ketika mengumumkan keputusan itu berkata, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, K. Parthiban memperoleh undi yang tertinggi iaitu 1,073 bagi menduduki kerusi anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Menurutnya, M. Asojan memperoleh 1,066 undi, V. S. Mogan (1,037), R. Ragumoorthy (1,027), S. Murugesan (982), Datuk M. Devindran (970), S. Saktivel (963), Datuk J. Randir Singh (902), Datuk K. Jaspal (864), Datuk K.R. Naidu (863) dan Datuk R. Ganesan (830).
S. Ananthan (799), M.M. Samy (792), S.P. Manikavasagam (789), Datuk V. M. Panjamorthy (740), A. Ganesan (710), Datuk P.K. Suppiah (675), Datuk S. Ganesan (667), K.P. Samy (655), S.S.Rajagopal (647), Senator M. Ravi (629), V. Palaniappan (622) dan S. Madhumaarimuthu (589).
Difahamkan, 95 peratus yang memenangi jawatan anggota CWC adalah muka baru dan kebanyakan daripada mereka mendapat sokongan penuh Samy Vellu. - Utusan
politik wang
ReplyDelete