03 September 2009

14 Orang ditahan kerana ingkar arahan di Kampung Buah Pala

1.16 petang hari: Pekerja berhenti di rumah bernombor 486, mereka merobohkan pagar dengan tukul besi. Rumah ketiga yang akan dirobohkan setakat ini.

1.03 petang hari: Hujan renyai-renyai.

12.58 tengah hari: Mereka tiba di rumah bernombor 486 dan mula merobohkannya

12.55 tengah hari: Polis dan pasukan petugas khas mengiringi pekerja-pekerja untuk memulakan kerja merobohkan, mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana hujan yang turun.

12.50 tengah hari: Hujan turun dengan lebat, Ramai yang datang melihat sudah bersurai. Kebanyakkan yang tinggal adalah pihak polis dan media.

12.45 tengah hari: Polis berkawal di jalan raya sementara penduduk kampung berudur ke rumah meraka.

12.40 tengah hari: Sekurang-kurangnya 14 orang telah ditahan termasuk peguam Darshan Singh dan tiga orang wanita.

Pasukan petugas khas yang mengiringin pegawai mahkamah dihalang oleh penduduk kampung.

12.30 tengah hari: Penduduk kampung, para penyokong dan pemuda MIC mula berkumpul membuat satu halangan terhadap pasukan petugas khas.

Seorang ditangkap kerana ingkar arahan polis.

12.20 tengah hari: Penduduk kampung melepaskan kambing-kambing mereka dan berkumpul membuat satu halangan di pintu masak sambil menjerit slogan anti-DAP. Mereka menyalahkan kerajaan negeri berikutan kerja-kerja perobohan itu.

12.10 tengah hari: Penduduk kampung masih lagi tidak senang duduk dan polis cuba mengawal keadaan. Mereka mula menjerit 'pemaju balik' ketika wakil mereka, pemaju, dan bailif sedang berbincang di dalam kereta polis untuk merobohkan lebih banyak rumah.

Peguam yang mewakili penduduk kampung, Dharshan Singh memberitahu mereka bahawa pemaju tiada hak untuk merobohkan rumah mereka dan menyebabkan penduduk kampung bertambah marah.

11.20 pagi: Ketika kerja-kerja merobohkan rumah bernombor 467 berlangsung. Beberapa penduduk kampung yang bimbang rumah mereka akan dirobohkan merayu kepada Thomas Chan supaya rumah mereka tidak dirobohkan. - Mstar

No comments:

Post a Comment