22 August 2009

Wujud 'kakitangan hantu' dalam SPR: Khairy

SEBERANG PRAI - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud 'kakitangan hantu' dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersubahat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pembangkang untuk memindahkan pengundi di beberapa negeri.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menggesa SPR menubuhkan suruhanjaya ataupun jawatankuasa khas bagi membersihkan isu 'pengundi hantu' yang dikatakan wujud sejak beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

“Saya percaya SPR berjalan dengan telus, malah saya turut ada menerima aduan menyatakan dalam SPR ada dalang-dalang tertentu. Ada 'hantu' dalam kakitangan SPR yang membantu memindahkan pengundi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pentas Pemuda Bilik Gerakan Pemuda BN, semalam.

Khairy berkata, ada maklumat menyatakan bahawa kakitangan di kedua-dua agensi berkenaan bekerjasama dalam membantu memindahkan secara besar-besaran pengundi 'hantu' dari satu bahagian ke bahagian pilihan raya lain.

“Saya mendesak SPR memastikan bahawa pengundi-pengundi hantu tiada dalam senarai atau kita (Pemuda) akan bertindak memastikan pengundi hantu tiada pada hari pengundian calon,” katanya.

Beliau berkata, dengan mengambil situasi di bahagian Parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir, BN kalah di Permatang Pasir pada 2004 dengan perbezaan lebih 600 undi.

Menurutnya, perbezaan itu meningkat kepada lebih 5,000 pada Mac 2008 di mana ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008, BN kalah di kawasan Permatang Pasir dengan lebih 7,000 undi. - Sinar Harian

* Umno mula cuba membiasakan diri sebagai pembangkang di Malaysia.

No comments:

Post a Comment