05 August 2009

Tindakan Khairul pro-ISA bukan pendirian PAS

PETALING JAYA: Tindakan Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz menyerahkan memorandum kepada Istana Negara Sabtu lalu mewakili Magaran yang proI-ISA dalah pendirian peribadi beliau dan tidak mencerminkan suara PAS.

Khairul yang bertindak sebagai penasihat undang-undang Magaran dikatakan seorang ahli PAS dan bukannya Umno sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Dua kumpulan iaitu Magaran yang pro-ISA dan Gerakan Mansuhkan ISA yang anti-ISA menganjurkan perhimpunan tidak sah di ibu negara Sabtu lalu.

Ketika ditemui wartawan di sini semalam, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, tindakan Khairul tidak mencerminkan pendirian dan pandangan parti tersebut.

Kata beliau, pendirian PAS yang mahu ISA dimansuhkan diambil dengan mengambil kira pendirian bersama anggota Pakatan Rakyat.

Khairul dilaporkan menyerahkan memorandum kepada Istana Negara lewat petang Sabtu lalu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh polis. - Mstar

* Benarkan dia ahli PAS atau sengaja mahu provokasi PAS dari dalam?

Sebahagian petikan blog Kahirul (2008):
"Pada aku, kakitangan awam kita ni (tak semua) tapi kebanyakannya tak layak di beri ganjaran berlebihan...sebab RM2000.00,nak boikot itu,ini,nak pangkah pembangkang...biar tergadai Melayu dan maruah...." MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ Link

2 comments:

  1. aku juga ada petikan dr blog khairul yg masih tersimpan..petikan Januari 2009..antara lain

    kekejaman UMNO harus dihukum sebelum bangsa Melayu bertambah derita.kezaliman UMNO usah dibiarkan berpanjangan,kelak Islam tenggelam dlm kebangkitan agama lain dan pengganti Abdullah harus bersih dan beriman serta berpegang teguh ajaran agama.Pemuda PAS tidak rela Islam tergadai di tangan UMNO.

    PAS harus realistik..seperti UMNO, bukan semua ahlinya setuju dgn dasar kerajaan

    Harap UMNO tidak terperangkap dgn permainan PAS..ini taktik basi mereka..mereka bijak menghasut dan dlm masa yg sama mereka cuba menagih kembali simpati org Melayu khususnya yg di atas pagar..

    ReplyDelete
  2. AHLI UMNO AJE YG DAPAT DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA.

    ReplyDelete