SHAH ALAM 6 Ogos — Seorang ahli kimia hari ini memberitahu inkues Teoh Beng Hock bahawa ujian mengesan adrenalin tidak dijalankan terhadap mendiang untuk mengetahui sama ada dia mengalami keadaan cemas atau tertekan sebelum menemui ajalnya bulan lepas.
Zairaha Awang, dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, dalam keterangannya pagi tadi, berkata beliau tidak menjalankan ujian itu kerana tidak diarah oleh polis.
Ketika disoal oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengenai kemungkinan bahawa adrenalin dalam badan akan meningkat jika seseorang ditolak dalam keadaan cemas, saksi ketujuh itu berkata beliau tidak tidak pasti dan tidak pernah membuat kajian.
“Saya fikir ujian adrenalin tidak tergolong dalam ujian mengesan dadah dan racun yang dijalankan oleh bahagian toksikologi kerana adrenalin dihasilkan secara semula jadi dalam badan,” kata Zairaha.
— BERNAMA
No comments:
Post a Comment